Resepi Aiskrim Coklat Choki Choki Viral Paling Sedap

Resepi aiskrim coklat Choki Choki viral paling sedap. Kalau sebelum ni anda pernah mencuba aiskrim sumi yang trending dilaman sosial. Apakata anda ubah sumi tersebut kepada coklat yang mudah didapati iaitu Choki Choki. Selain sedap ianya adalah jauh lebih murah berbanding anda menggunakan coklat cadburry. Berikut adalah tips mudah nak buat aiskrim Choki-Choki.


Bahan-Bahan
1. Susu Pekat 1 Tin
2. Susu Cair 1 Tin
3. Coklat Choki-Choki
4. Plastik Aiskrim
5. Tepung Jagung
6. Garam
Cara Buat Aiskrim Choki Choki
1. Didihkan campuran susu cair dan susu pekat didalam periuk
2. Tambah 4 tin air (guna tin kosong tadi)
3. Tambah 1/2 sudu tepung jagung (untuk melebutkan) dan secubit garam (untuk naikkan lemak)
4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan suhu turun sebentar.
5. Ambil choki-choki 1 batang dan picit coklat masukkan ke dalam plastik aiskrim.
6. Tuang bahan didih tadi ke dalam paket aiskrim.
7. Masukkan ke dalam freezer
8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Membuat Es Campur

Cara Membuat Es Krim Biskuit